Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Malam Perlis 2019 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Malam Perlis 2019

Malam Perlis 2019

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 27 Oktober 2019 08:30

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2019 - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri majlis santapan 'Malam Perlis 2019' di Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Yang DiPertua Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) Datuk Azmi Talib serta ahli jawatankuasa yang lain.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Raja mengalu-alukan anak-anak Perlis diperantauan untuk turut serta membantu mempromosikan negeri Perlis kepada jaringan para pelabur yang di kenali mereka di dalam mahupun luar negara untuk datang ke Perlis bagi merancakkan lagi ekonomi negeri khususnya bagi kawasan Perlabuhan Darat di Padang Besar, Kawasan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) dan juga cadangan perlabuhan di Kuala Sanglang yang jika dapat dilaksanakan dengan jayanya secara tidak langsung akan memperbanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan baru kepada anak-anak jati negeri Perlis.

Seramai kira-kira 750 orang anak-anak Perlis di perantauan khususnya yang bermastautin di sekitar Lembah Kelang hadir di majlis yang dianjurkan secara dwi tahunan oleh Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) tersebut.

Para hadirin dihiburkan oleh artis undangan Ahmad Zahid Baharuddin - Zahid AF2 dan saksafonis Eizaz Datuk Azhar.

PPKL ditubuhkan 44 tahun yang lalu dalam tahun 1975 dan kini mempunyai keahlian seramai lebih daripada 1300 orang yang sentiasa kembali menyumbang kepada negeri Perlis termasuklah melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE