Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sisa e-Waste Hendaklah Diuruskan Secara Selamat dan Berkesan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sisa e-Waste Hendaklah Diuruskan Secara Selamat dan Berkesan - Raja Muda Perlis

Sisa e-Waste Hendaklah Diuruskan Secara Selamat dan Berkesan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Oktober 2019 08:20

Alor Setar, 24 Oktober 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa pencemaran logam berat daripada e-Waste boleh mengakibatkan gangguan terhadap sistem saraf, pernafasan, masalah buah pinggang, kanser dan sebagainya.

Namun begitu, sisa ini juga merupakan satu sumber berharga dan negara akan rugi jika ia tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Jika buangan ini diuruskan dengan baik, ia dapat memberikan pulangan lumayan kerana e-Waste mengandungi logam-logam bernilai seperti emas, perak dan sebagainya.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, pihak berkuasa perlu memastikan e-Waste diurus secara selamat dan berkesan supaya tiada kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan rakyat di samping manfaat dari segi ekonomi.

Demikian titah baginda selepas berkenan mengadakan pertemuan singkat dengan Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, TYT Samkelisiwe Isabel Mhlanga di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, pada malam semalam.

Dalam perkembangan lain, TYT Samkeliswe kini dalam rangka lawatan selama tiga hari dan dua malam ke Perlis dikendalikan oleh pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meninjau sendiri segala potensi pelaburan bagi sektor koprat negara beliau untuk Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) khususnya tapak bersebelahan iaitu cadangan Perlabuhan Darat di Padang Besar dan juga Cadangan Perlabuhan di Kuala Sanglang.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE