MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Kangar, 22 Oktober 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Tabung Haji di atas persembahan zakat perniagaan bagi tahun 2018 berjumlah
RM969.135.94 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan berdoa agar sumbangan tersebut mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Baginda turut menambah bahawa sesungguhnya kecekapan pengurusan dan integriti yang tinggi dalam Pengurusan Lembaga Tabung Haji merupakan sinergi yang mempu melestarikan relevansinya dalam memberikan perkhidmatan kepada umat Islam Malaysia.
Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menerima mock cek daripada Pengarah TH Perlis dan Kedah, Haji Nawawi Ishak yang turut diiringi oleh Ketua Operasi Tabung Haji Negeri Perlis Maznizan Mamat dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs di Kangar pada pagi tadi.
Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.