Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Malaysia Antara Negara ‘Warga Digital’ Tertinggi Dunia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Malaysia Antara Negara ‘Warga Digital’ Tertinggi Dunia

Malaysia Antara Negara ‘Warga Digital’ Tertinggi Dunia

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Oktober 2019 10:00

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2019  - Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah ‘Warga Digital’ yang tertinggi di dunia.

Fakta in terbukti melalui kajian yang telah dijalankan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa yang turut menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah daripada golongan belia atau remaja.

Pada masa yang sama kesan daripada revolusi teknologi digital ini secara tidak langsung merubah daripada segi kecergasan interpersonal seseorang, iaitu apa yang dimaksudkan di sini ialah hubungan sesama manusia dan membuatkan generasi masa kini didapati semakin kurang menguasai kemahiran interpersonal dengan orang lain di sekeliling mereka.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima kunjungan mengadap hormat oleh Bakal Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, TYT Akmal Che Mustafa, 47 tahun yang berasal dari Perlis di ibunegara baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

TYT Akmal pernah berkhidmat di perwakilan diplomatik Malaysia di Chile, Romania dan Filipina. Jawatan terkini beliau ialah Setiausaha Bahagian (Inspektorat) di Wisma Putra.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda sendiri pernah menetap di Madrid, Sepanyol dari tahun 1995 hingga 1998 ketika berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Malaysia Airlines bagi Sepanyol, Portugal dan Afrika Utara dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai negara itu.

Baginda turut menambah bahawa Rosa Sancho Tajero (2000) dalam kajiannya yang bertajuk ”Working Together To Build Competitive” yang dijalankan terhadap 10 buah syarikat di Eropah telah mengenalpasti 3 jenis kemahiran yang diperlukan oleh majikan iaitu Kemahiran Kemanusiaan, Konseptual dan Teknikal.

Jurang paling besar yang perlu dipenuhi ialah kemahiran kemanusiaan. Ini bermaksud para pekerja masih belum mencapai tahap kemahiran kemanusiaan seperti yang dikehendaki oleh syarikat manakala kemahiran teknikal pula mempunyai jurang paling kecil untuk dipenuhi. Dalam lain perkataan, pekerja diakui hebat dalam kemahiran teknikal tetapi gagal dalam kemahiran komunikasi mereka.

Inilah sebenarnya di antara cabaran yang bakal dihadapi oleh generasi masa hadapan kelak.

Seseorang itu mungkin telahpun dibekalkan dengan kemahiran teknikal sepanjang tempoh pengajian mereka di IPTA ataupun IPTS tetapi bagaimanakah pula untuk mereka menguasai kemahiran kemanusiaan yang pada masa sama harus bersaing dengan perkembangan digital dan media sosial.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE