Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Malaysia Perlu Mempersiapkan Diri Untuk Kebangkitan Ekonomi Gig n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Malaysia Perlu Mempersiapkan Diri Untuk Kebangkitan Ekonomi Gig

Malaysia Perlu Mempersiapkan Diri Untuk Kebangkitan Ekonomi Gig

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 21 Oktober 2019 09:31

Pauh Putra, 21 Okt. 2019 - Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk kebangkitan ekonomi gig antaranya dengan mewujudkan pekeliling dan garis panduan bagi mewajibkan golongan ini mencarum skim persaraan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara konsisten agar simpanan masa tua mereka lebih terjamin.

Kerajaan juga perlu segera mempertimbangkan undang-undang bersesuaian bagi mewajibkan perlindungan kepada mereka. Setidak-setidaknya jika mereka ingin menuntut bayaran atas khidmat yang diberikan, seharusnya ada kemahuan di pihak Kerajaan untuk membuat tuntutan berkenaan atau menjadikan tuntutan itu mudah untuk diproses kelak. Ini kerana pada masa sekarang, sekiranya yang menerima perkhidmatan mereka tidak membayar perkhidmatan yang diberikan, mereka terpaksa menuntutnya di mahkamah dengan proses yang panjang. Begitu juga mewajibkan insurans perlindungan.

Pada masa yang sama, pihak Kerajaan wajar mengkaji pengenalan gaji minimum setiap jam dengan syarat-syarat yang memenuhi piawaian produktiviti tertentu agar ia dapat membantu golongan ekonomi gig sekaligus dapat merangsang pemberian insentif kepada pembangunannya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program UniMAP-MAFA Student Chapter Dan Pusat Gig Economy@UniMAP’ yang diadakan di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra tengahari tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universitu, Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Turut hadir ialah Pengarah Perbadanan Digital Ekonomi Malaysia (MDEC) Darzy Norhalim, Presiden Persatuan Freelancer Malaysia (MAFA) Razman Yusof Mohd Sarit dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transformasi Digital (PTDK) Datuk Azaddin Abdul Aziz.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut menitahkan agar generasi muda perlu mengambil peluang menambahkan pengetahuan dan kemahiran baharu sama ada secara percuma atau kos yang murah menerusi kursus jangka pendek khususnya dalam platform pendidikan. Baginda percaya MDEC mempunyai pelbagai program dan inisiatif yang membolehkan mahasiswa mengambil peluang menjana pendapatan melalui kemahiran digital termasuk penubuhan Pusat Gig Economy@UniMAP ini.

Juga, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek sama ada fizikal mahupun mental serta pengurusan masa yang berkualiti sebagai usahawan atas talian dan juga sebagai mahasiswa agar kekal kompeten dan relevan dalam pengajian masing-masing bagi mendepani pasaran kerja.

Untuk rekod, ekonomi gig mempunyai cabaran tersendiri terutama kepada golongan ‘freelance’ iaitu ketiadaan manfaat perkhidmatan kesihatan, caruman wang simpanan atau perancangan persaraan, kurang mempunyai nilai tambah dan sebagainya.

Dalam perkembangan sama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menerokai bidang ekonomi digital melalui kerjasama anak syarikatnya Akademi Tanformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dengan beberapa pihak dalam usaha memberikan peluang latihan dan penempatan pekerjaan dalam industri kreatif dan yang berkaitan teknologi digital. 

 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE