MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KUALA LUMPUR, 20 Okt - Seawal 6 pagi, ratusan orang kebanyakannya kanak-kanak berkumpul di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mengenakan pakaian sukan dan ada antara mereka yang membawa basikal masing-masing.
Kira-kira 7.30 pagi, bilangan yang hadir meningkat sekali ganda kira-kira 1,000 orang sebelum program ‘Cyclelah with DYTM Raja Muda and DYTM Raja Puan Muda Perlis’ bagi menggalakkan gaya hidup sihat, dilancarkan.
Program larian dan berbasikal keluarga itu dianjurkan oleh Smart Reader Worldwide Sdn Bhd bersempena program KL Car Free Morning yang diadakan DBKL pada Ahad pertama dan ketiga setiap bulan.
Pelepasan acara disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, sebelum pasangan diraja itu masing-masing mengetuai acara berbasikal 5 km dan larian santai 3 km.
Raja Puan Muda Perlis adalah Penaung Diraja program biasiswa itu. Inisiatif itu membolehkan lebih daripada 500 kanak-kanak kurang bernasib baik mendapat pendidikan awal yang berkualiti.
Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide Datuk Seri Dr Richard Ong berkata menerusi inisiatif One Child One Hope, pihaknya akan memastikan pendidikan berkualiti boleh diakses untuk semua kanak-kanak di Malaysia.
~BERNAMA~