Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelajar Luar Negara Perlu Manfaatkan Peluang Yang Terbuka - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelajar Luar Negara Perlu Manfaatkan Peluang Yang Terbuka - Raja Muda Perlis

Pelajar Luar Negara Perlu Manfaatkan Peluang Yang Terbuka - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 18 Oktober 2019 10:49

18 Oktober 2019, Heidelberg, Jerman - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitah sarankan agar para pelajar Malaysia di luar negara memanfaatkan peluang yang terbuka untuk mendalami ilmu dan kemahiran yang tersedia ketika di rantau orang.

Menurut baginda, para pelajar haruslah mempertingkatkan keupayaan diri secara optimum untuk memenuhi pasaran pekerjaan apabila menamatkan pengajian kelak.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Program Tautan Ukhuwwah’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Herliberg bersama para pelajar Perlis yang belajar di Jerman.

"Perluaskanlah jaringan perkenalan dengan rakan-rakan anda yang terdiri dari latar belang yang berbeza, siapa tahu suatu hari nanti mereka dan anda menjadi insan penting dalam mencorakkan masa depan generasi akan datang,” titah baginda .

Mengiringi Baginda adalah Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Dr. Mohd Hatta Syarom.

Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Pada Program itu, seramai tiga orang Pelajar Perlis yang belajar di Jerman iaitu Azfar Zulkifli, Khairul Imran Johari dan Muhammad Husaini Fauzi masing-masing menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000 daripada MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP) Perlis daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Pengerusi YTSP Perlis dan Yang DiPertua MAIPs, agar anak Perlis yang belajar di Jerman ini menjadi contoh teladan yang baik dan menjaga nama negara tercinta.

Yang turut hadir ke program tersebut adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Pengarah Bahagian Penerbitan DBP Dr. Abang Patdeli Abang Muhi dan Pegawai Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt, Nasrilanwar Mansor.

~SUMBER: MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE