Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pendidikan Harus Membangun Generasi Beradab dan Bertamadun - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pendidikan Harus Membangun Generasi Beradab dan Bertamadun - Raja Muda Perlis

Pendidikan Harus Membangun Generasi Beradab dan Bertamadun - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 Oktober 2019 10:23

17 Oktober 2019, Frankfurt Am Main, Jerman - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa proses pendidikan seharusnya berupaya membangunkan generasi beradab dan bertamadun.

Menurut baginda, pendidikan yang sempurna akan membawa nilai dan budi pekerti yang tinggi pada diri seseorang.

Baginda bertitah demikian selepas berkeman berangkat mengunjungi ‘Pameran Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2019’ yang berlangsung di Ludwig-Erhard-Anlage 1, Frankfurt Am Main Jerman semalam.

Terdahulu, baginda bertemu Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik yang pada masa yang sama sedang menghadiri acara forum sempena ‘Konferen Pendidikan Frankfurt 2019’ di lokasi yang sama.

Dr. Maszlee turut berkongsi pengalaman sebagai ahli panel undangan mengenai ‘Haia Tuju Pendidian Global’ bersama Setiausaha Kementerian Kebudayaan Norway, Frida Blomgren, Duta Besar Kanada di negara Jerman, Stephane Dion dan Presiden Kehormat Persatuan Didacta, Prof. Dr. Mult Wassilios E. Fthenakis.

Sekitar 7,500 peserta pameran dari lebih 100 buah negara, dan lebih 4,000 acara akan dilaksanakan dalam program berkenaan.

Penganjuran kali ini turut mensasarkan lebih daripada 285,000 pengunjung dan sekitar 10,000 wartawan serta penulis blog menjadikan Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt sebagai salah satu pameran perdagangan terbesar di sana.

~SUMBER: MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE