Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Jerman - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Jerman - Raja Muda Perlis

Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Jerman - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 Oktober 2019 09:15

17 Oktober 2019, Frankfurt Am Main, Jerman - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa agar semua pihak berusaha memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat mengadakan kunjungan ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Altstadt, Frankfurt Am Main, Jerman.

Baginda berbangga apabila hubungan Malaysia dan Jerman berada di tahap yang baik dengan perdagangan mencatat lebihan dagangan sejak 2 tahun lalu.

"Pelbagai inisiatif kerjasama boleh diusahakan bagi mempertingkatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jerman ke arah perkongsian kemakmuran bersama," titah baginda lagi.

Demikian menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Konsul Jenaral Malaysia di Frankfurt, M. Mukundan bersama para pegawai dari pelbagai agensi Kerajaan Malaysia seperti MIDA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), MATRADE dan Pejabat Pelancongan Malaysia Frankfurt.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut meluangkan masa mendengar taklimat yang disampaikan selain berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa ‘Tabung Ibnu Sabil’ kepada pihak Pejabat Konsul Jeneral Malaysia Frankfurt.

Turut mengiringi baginda adalah Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr. Haji Hazman Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlks Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama baginda mengalu-alukan para pelabur dan juga pelancong dari Jerman untuk datang ke negeri Perlis untuk menerokai segala potensi yang ada.

~SUMBER: MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE