Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Golf Bersama Tuanku Raja Perlis, Meriah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Golf Bersama Tuanku Raja Perlis, Meriah

Golf Bersama Tuanku Raja Perlis, Meriah

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Oktober 2019 12:10

Kangar ,16 Oktober 2019 - Seramai 92 peserta mengambil bahagian di dalam pertandingan golf ‘Bersama Tuanku Raja Perlis 2019’ yang dianjurkan oleh Kelab Golf Putra (KGP) Perlis pada hari sabtu 12 Oktober (40 peserta) dan ahad 13 Oktober (52 peserta) di padang kelab di Sungai Batu Pahat hujung minggu yang lalu.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa kelab mengambil sempena ‘Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis’ melalui ‘Mode of Play’ secara ‘Stableford’ menggunakan ‘Sistem 36’.

Hadiah-hadiah disediakan untuk
Kategori A, B, C, ‘Novelty’ dan juga ‘Senior Golfers’.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Penaung DiRaja dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Presiden Kelab Golf Putra Perlis berkenan berangkat menghadiri majlis santapan tengahari dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Antara yang turut serta mengambil bahagian ialah bekas Panglima Angkatan Tentera, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mohd Zahidi Haji Zainuddin dan Jen. Tan Sri Datuk Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin (B) serta Bekas Ketua Pengarah MAMPU, Tan Sri Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Dalam ucapan alu-aluan Kapten KGP Perlis, Kasim Osman turut memaklumkan mengenai beberapa aktiviti Kelab Golf Putra Perlis yang akan berlangsung dari sekarang hingga pada penghujung tahun ini yang bermotifkan untuk menguatkan lagi sumber dana untuk pembangunan kualiti penjagaan padang golf kelab khususnya melalui kerja-kerja memotong rumput, ‘Top Dress’, ‘Dethatching’ dan ‘Aeration’ secara berjadual dan tersusun supaya imejnya sentiasa dapat dipelihara.

Antaranya ialah ‘Pertandingan Golf bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2019’ pada bulan November ini dan ‘Charity Golf Tournament’ pada bulan Disember 2019 ini. Kedua-dua tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Kelab Golf Putra Perlis amat mengalu-alukan ahli-ahli baru untuk turut serta berkecimpung di dalam sukan golf dan seterusnya menyertai kelab ini dan bagi yang berminat bolehlah mendapatkan maklumat lebih lanjut dan borang keahlian di pejabat yang terdapat di rumah kelab ini di Sungai Batu Pahat.

Sebagai maklumat, selain itu rumah kelab ini turut dibuka bagi sewaan pelaksanaan program. Antara agensi yang pernah melaksanakan program di situ adalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan pelbagai pihak.

 

~MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE