Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MRSM Arau Sumbang Ke Arah Kecemerlangan Akademik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MRSM Arau Sumbang Ke Arah Kecemerlangan Akademik

MRSM Arau Sumbang Ke Arah Kecemerlangan Akademik

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Oktober 2019 12:06

Pauh Putra , 15 Oktober 2019 - Kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Arau yang mula beroperasi sejak 2017 diharap akan terus menyumbang kepada kecemerlangan pembangunan pendidikan di Negeri Perlis.

Penglibatan MARA sebagai agen pembangunan pendidikan di negeri Perlis sememangnya telah diakui oleh pelbagai pihak.

MARA telah mengetengahkan model baharu pendidikan dengan memberi fokus kepada pembangunan insaniah, sikap dan akhlak seiring dengan ilmu dan kemahiran.

Pada masa yang sama, anak-anak di luar bandar khususnya, perlu diasuh melalui sistem pendidikan terbaik untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang bertaraf global dan berintegriti demi mendepani cabaran pada masa akan datang.

Demikian titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamallail ketika berkenan berangkat merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Arau yang diadakan di Dewan Sharifah Khatreena Nuraniah maktab berkenaan di Pauh Putra pada petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang disekalikan dengan ‘Majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat’ mengambil sempena ‘Sambutan Hari Ulangtahun DYMM Tuanku Raja Perlis ke 76’ itu disambut oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus
dan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf.

Tuanku Syed Sirajuddin juga turut berasa sukacita dengan pencapaian-pencapaian Maktab Rendah Sains MARA Arau sejak ia mula beroperasi sehingga kini.

Tambah baginda, banyak kejayaan-kejayaan di peringkat zon, negeri dan kebangsaan telah berjaya direkodkan dan kejayaan-kajayaan ini diyakini dicapai atas usaha, kerjasama serta komitmen yang padu oleh semua pihak.

Tuanku Raja turut mengingatkan seluruh rakyat supaya hendaklah sentiasa berusaha bagi mempertahankan kesejahteraan negeri ini daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan kedamaian dan keharmonian yang telah dikecapi.

Untuk rekod, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menaja lima orang pelajar perintid dari keluarga asnaf terpilih untuk melanjutkan pelajaran di MRSM Arau ketika ia mula-mula dibuka pada tahun 2017.

~MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE