Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perdana Menteri Terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perdana Menteri Terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM

Perdana Menteri Terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 12 Oktober 2019 09:26

ARAU, 12 Okt - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Penganugerahan itu berlangsung di Istana Arau sebelum bermulanya Majlis Santapan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Ke-76.

Turut berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain itu, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar juga hadir pada majlis berkenaan.

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan darjah dan pingat kebesaran negeri Perlis kepada 19 penerima pada istiadat penganugerahan yang berlangsung sempena ulang tahun keputeraan baginda itu di istana sama pagi tadi.

~BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE