Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Yang di-Pertuan Agong dianugerah Darjah Kebesaran Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Yang di-Pertuan Agong dianugerah Darjah Kebesaran Perlis

Yang di-Pertuan Agong dianugerah Darjah Kebesaran Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 12 Oktober 2019 10:07

ARAU, 12 Okt - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK) sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail ke-76 hari ini.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pengisytiharan penganugerahan itu dibuat sebelum Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat negeri kepada 19 penerima dalam istiadat yang berlangsung di Istana Arau hari ini.

Istiadat penganugerahan kepada Yang di-Pertuan Agong akan diadakan dalam satu majlis pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Abu Bakar Katar hari ini mendahului senarai 19 penerima dengan dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Turut dianugerahkan darjah yang sama ialah Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Rosilah Yop.

Selain itu, seramai empat individu menerima Darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) manakala empat lagi dianugerahkan Darjah Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang masing-masing membawa gelaran Datuk.

Penerima DSPJ ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Prof Ir Dr Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Ahmad Zamri Khairuddin, Panglima 1 Divisyen Mejar Jen Datuk Md Din Abu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Ir Azhar Omar.

Penerima DPSJ pula ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Ketua Provos Marsyal Markas Angkatan Tentera Malaysia Brig Jen Mislan Anuar, Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat Mejar Jen Dr A. Endry Nixon dan Pengarah Ordnans Markas Tentera Darat Brig Jen Mohd Norbi Ismail.

Sementara itu, seramai dua penerima dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) iaitu Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar Dr Othman Warijo dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azizan Md Arshad.

Seramai enam penerima pula dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) antaranya ialah Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis Wan Nor Wan Mamat dan Penolong Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Dr Harshita Aini Haroon.

Penerima tunggal Pingat Mahkota Perlis (PMP) ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tyremart (Brunei Darussalam) Tiew Ching Tiong.

Seramai 179 penerima dianugerahkan lain-lain darjah akan menerima anugerah masing-masing dalam majlis yang akan diadakan kemudian.

~BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE