Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Saran Kerajaan Terus Beri Perhatian Tingkat Ekonomi Negeri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Saran Kerajaan Terus Beri Perhatian Tingkat Ekonomi Negeri

Raja Perlis Saran Kerajaan Terus Beri Perhatian Tingkat Ekonomi Negeri

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 12 Oktober 2019 08:50
ARAU, 12 Okt. 2019 - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail hari ini bertitah menyarankan kerajaan untuk terus memberikan perhatian kepada usaha meningkat dan memantapkan lagi ekonomi negeri Perlis apabila menyedari realiti situasi ekonomi yang sentiasa dinamik.
  
Baginda bertitah, pelaburan bersaiz mega dan berimpak tinggi yang memberikan faedah besar kepada rakyat negeri ini perlu diberikan perhatian.
"Dalam menuju wawasan Perlis Negeri Bandaraya menjelang tahun 2030, beta berharap pertumbuhan ekonomi negeri akan terus berkembang, bertambah kukuh dan makmur," titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran negeri Perlis sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-76 di Istana Arau, hari ini.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah suatu ekosistem yang baik dalam persekitaran tersusun dan kondusif juga perlu diwujudkan untuk menjadikan Perlis sebagai negeri pilihan untuk meneruskan kehidupan.
"Beta yakin faedah gandaan ekonomi yang besar di dalam ekosistem yang terancang ini akan dapat dinikmati oleh mereka yang memilih Perlis sebagai tempat tinggal di masa depan," titah baginda.
Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan negeri ini terus komited melipat gandakan usaha serta bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan pelabur swasta untuk merealisasikan hasrat murni berkenaan.
"Di kesempatan ini juga, beta ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas segala bantuan dan sokongan berterusan yang dihulurkan kepada Kerajaan Perlis," titah baginda.
Tambah Tuanku Syed Sirajuddin, kerjasama dan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di negeri ini amat besar manfaatnnya demi kesejahteraan rakyat negeri ini dan Malaysia amnya.
Sementara itu, baginda menyeru supaya aset semula jadi di Perlis dapat dikomersialkan sepenuhnya sebagai tarikan pelancongan utama oleh pengusaha persendirian.
"Beta gembira melihat persekitaran negeri ini yang aman damai dan kaya dengan pemandangan semula jadi yang mempersonakan. Ini adalah identiti dan aset penting bagi Negeri Perlis," titah baginda.
Dalam pada itu, baginda turut menyentuh soal pentadbiran perkhidmatan awam yang semakin baik.
"Usaha berterusan harus ditingkatkan supaya rakyat dapat menikmati kerajaan yang lebih baik," titah baginda.
Baginda juga menyeru kalangan warga perkhidmatan awam agar melakukan perubahan minda dan sikap dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan
"Beta ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam dan anggota keselamatan yang telah bekerja dengan penuh komitmen dan ikhlas dalam menjaga keselamatan," katanya.
Baginda juga bertitah agar golongan belia mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian bagi membolehkan mereka merebut peluang pekerjaan dan lain-lain peluang ekonomi yang sedang dan akan dilaksanakan di Perlis
~SINAR HARIAN~


Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE