Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Gembira Terima Kerusi Roda Pemberian Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Gembira Terima Kerusi Roda Pemberian Raja Muda Perlis

Gembira Terima Kerusi Roda Pemberian Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 11 Oktober 2019 11:50
KANGAR - Pesakit kencing manis, Kamaruzzaman Abdul Karim, 54, gembira menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli melawat kediamannya di Batu 4, Titi Serong Jalan Kuala Perlis baru-baru ini. 
 
Kamaruzzaman menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu mengakibatkan kaki kanannya dipotong.
Katanya, sumbangan sebuah kerusi roda daripada Tuanku Syed Faizuddin memberikan sinar baharu buat dirinya yang sudah lama tidak mampu bergerak keluar rumah. 
"Saya sangat bersyukur atas pemberian ini dan berharap sumbangan ini akan memudahkan pergerakan seharian saya," katanya.
Tuanku Syed Faizuddin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.
 
~SINAR HARIAN~ 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE