Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelancaran Laman Portal Baru MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelancaran Laman Portal Baru MAIPs

Pelancaran Laman Portal Baru MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Oktober 2019 08:00

KANGAR, 10 Oktober 2019- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dijadualkan akan berangkat menyempurnakan pelancaran ‘Laman Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ yang baharu iaitu www.maips.gov.my pada petang jumaat 11 Oktober 2019 ini di Auditorium Dr Syed Mahmood Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Kangar.

Majlis tersebut akan diadakan di akhir program ‘Wacana Wangsa Jamalullail’ yang akan dirasmikan baginda.

Laman portal berkenaan memberikan perkhidmatan dalam permohonan bantuan zakat, permohonan pengurusan wakaf dan sumber am selain menyediakan perkhidmatan bayaran atas talian. Selain itu, Sistem Aduan Asnaf turut diperkenalkan.

Beberapa perkhidmatan lain juga telah diperkenalkan melalui atas talian seperti Semakan Skim bantuan Zakat, Semakan Had Kifayah, Semakan Status Permohonan Zakat, Semakan Kalkulator Pengiraan Zakat dan Semakan Pengiraan Zakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat meninjau dan seterusnya menyerahkan sumbangan bantuan bencana MAIPs berjumlah RM10,870.38 kepada mangsa ribut pada kira-kira jam 7 malam selasa lalu iaitu Puan Anira Aziz di kediaman beliau di Batu 1 Kampung Repoh Seberang Sungai, Kangar pada petang semalam.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan ucapan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa ICT MAIPs yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Azlan Hussain di atas kejayaan menambah baik portal MAIPs tersebut untuk mempermudahkan lagi perkhidmatannya kepada rakan strategik dan juga para pelanggan MAIPs.

Portal terkini tersebut juga ditambahbaik perkhidmatannya dengan “Semak Mohon”, “Bayaran” dan “Aduan” berbanding yang sebelum ini.

~MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE