MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU 5 Okt. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan program 'The 3rd International Conference On The Future Of ASEAN 2019’ yang berlangsung mulai 4 hingga 6 Oktober 2019 di Dewan Kuliah 6 Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau pagi tadi.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Rektor UiTM Perlis, Prof. Dr. Khudzir Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa penganjuran persidangan, Dr. Mahyudin Ahmad.
Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Muhammed Abdul Khalid menyampaikan ucaptama di persidangan yang dianjurkan selang setahun oleh UiTM Cawangan Perlis berkenaan.
Tema dipilih oleh pihak penganjur pada kali ini ialah ‘Charting The Future Of ASEAN : Towards Sustainable Development Goals (SDGs) 2030’ - Leaving No One Behind’ iaitu dengan fokus melalui ‘5P’ berupa ‘People, Planet, Prosperity, Peace and Partnership’.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengambil kesempatan mengalu-alukan para pelabur baik dari dalam mahupun luar negara untuk datang ke Perlis dan melihat sendiri segala potensi yang ada dan dapat dibangunkan supaya 250,000 rakyatnya akan mendapat manfaat khususnya melalui pekerjaan dan pada masa yang sama negeri ini akan mendapat perolehan melalui hasil cukai dan juga kesan pengganda ekonomi secara langsung mahupun tidak langsung melalui peluang-peluang perniagaan.
Untuk rekod, sebanyak 164 kertas kerja daripada Indonesia, Vietnam, Filipina, Bangladesh dan India selain daripada negara tuan rumah kita Malaysia sendiri dibentangkan pada persidangan kali ini.
~UTUSAN ONLINE~