MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
PAUH 6 Okt. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan pelajar perlu sentiasa berfikiran positif dan membayangkan kejayaan yang harus digapai.
Titah baginda, apabila minda positif, maka perkara-perkara yang baik akan mudah diterima oleh pelajar.
"Setiap mereka yang berjaya, pada asasnya bermula daripada sebuah impian. Bertitik tolak daripada itulah, mereka mula berusaha untuk menjadikan impian sebagai realiti.
"Seseorang itu ialah orang yang ‘berjaya’ apabila beliau mula melangkah untuk berusaha. 'Jika kamu berusaha, maka kamu akan mendapatkannya," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Orientasi Pembelajaran Cemerlang Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Perlis 2019 di kampus induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Naib Canselor Unimap bagi Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Uda Hashim dan Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus.
Turut hadir Ahli Lembaga YTSP Perlis, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Kamarudin Hussin dan Izmi Ismail.
Program yang diadakan atas idea baginda itu kini memasuki tahun ke-11. Ia dianjurkan YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta UniMAP.
~ UTUSAN ONLINE~