RMPS-7
 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pada masa yang sama, janganlah membuang masa dengan belajar ketika badan terlalu letih atau terlalu mengantuk. 

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada para pelajar Perlis di Timur Tengah (Mesir) yang menghadiri ‘Program Perbincangan Buku Fatwa-Fatwa Negeri Perlis Tahun 2019 pada petang semalam.

RMPS-6
 

Seramai 23 orang peserta iaitu sembilan lelaki dan 14 perempuan daripada Rumah Perlis di Kaherah yang kini pulang ke tanah air untuk bercuti musim panas selama beberapa bulan masing-masing menerima RM600 daripada MAIPs setelah menghadiri program yang dijalankan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama MAIPs tersebut.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis yang diadakan di Masjid Al Ilmi, Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshee.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menambah agar para pelajar belajarlah mengikut waktu yang sesuai dengan diri sendiri atau “study according to your biological clock”.

Bagaimanapun, seseorang pelajar itu perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi, selepas membaca al-Quran, berzikir, selepas beriadah dan selepas berdoa.

Selain daripada itu, yang paling mustahak sekali ialah berbuat baik dan hormatilah ibu bapa dan para guru serta berdoalah sebagai tanda kesyukuran selepas tamat belajar.

Bersempena program yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ singgah menyampaikan sumbangan MAIPs berjumlah RM600 setiap seorang di beberapa buah rumah kepada seramai 34 orang asnaf terpilih, termasuk dua yang merupakan pesakit terlantar, Tuanku Raja Muda turut berkenan merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio Ekonomi Usahawan Asnaf MAIPs berupa perniagaan roti canai yang diusahakan oleh Bakeri Omar, 51 tahun (No Tel: 0103962576) di Kampung Padang Benta, Simpang Empat yang telah menerima bantuan peralatan seperti mesin uli tepung dan dapur daripada MAIPs berjumlah RM3,530 sebelum ini.

RMPS-5
 

~UTUSAN ONLINE~