Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, MAIPs merancang untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis bagi tujuan tersebut.


Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Perlis, Azian Alias mempersembahkan mock cek tersebut kepada baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.
 

 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Mohd Nazim mengulas bahawa, bengkel tersebut bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan dan ia juga mungkin turut dikembangkan kepada cara-cara terbaik bagi menguruskan penggunaan air yang lebih efektif dengan kerjasama Syarikat Air Perlis Berhad serta beberapa inisiatif lain lagi untuk kebaikan bersama.


Tambah beliau, sebelum majlis penyerahan tersebut, pihak pengurusan kanan TNB Negeri Perlis telah mengadakan sembah mengadap hormat ke atas Tuanku Raja Muda yang diiringi kepimpinan MAIPs bagi membincangkan mengenai pelbagai inisiatif program khidmat sosial korporat (CSR) oleh TNB melalui pejabatnya di Kangar dengan kerjasama pihak MAIPs bagi tahun kalendar 2019.


Bersempena majlis tersebut yang disekalikan dengan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 23 bagi tahun 2019’ ini juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang penerima dalam kalangan asnaf terpilih dari kariah masjid tersebut dan yang berdekatan dengannya.


Dalam program berasingan di sebelah paginya, pihak TNB telah mengadakan satu ‘Majlis Sumbangan Set Lampu Serbaguna untuk Jawatankuasa Kariah Masjid dan tanah perkuburan kepada 40 buah kariah terpilih di seluruh negeri ini.

~UTUSAN ONLINE~