rmps-masjid

Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan menyampaikan tauliah berkenaan kepada imam masjid, Abdul Latif Md Awal disaksikan baginda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).


Bangunan masjid berkenaan telah dibaik pulih dan dibina semula oleh pihak Kerajaan selama hampir dua tahun dengan kos sebanyak RM4.5juta.


Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. Beliau memaklumkan bahawa berdasarkan Seksyen 98 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis telah menetapkan bahawa MAIPs boleh membenarkan sesuatu bangunan ditubuhkan sebagai masjid.


Selepas itu Mufti Perlis Datuk, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan khutbah bertajuk ‘Bahaya Riba’.


Terdahulu daripada itu, Ketua Pegawai Syariah Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Nazri Chik berkongsi info dalam ceramah beliau berjudul ‘Wakaf Melestari Pembangunan Ummah’ yang turut mempromosikan inisiatif kutipan wakaf tunai untuk Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hasil kerjasama MAIPs dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku bank peneraju mywakaf.

 

~UTUSAN ONLINE~