Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Industri seni lukis tempatan perlu sokongan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Industri seni lukis tempatan perlu sokongan - Raja Muda Perlis

Industri seni lukis tempatan perlu sokongan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 24 September 2019 13:20

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sektor kerajaan dan swasta perlu memberi sokongan dan galakan kepada industri seni lukis negara supaya pelukis tempatan dapat mempertingkatkan lagi hasil karya kreatif mereka ke peringkat yang lebih tinggi, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 

Baginda bertitah beberapa inisiatif boleh dilakukan dalam aspek kebajikan agar kelangsungan karier seni mereka tidak terhenti dalam menghasilkan karya-karya besar dan hebat. 

"Pelukis muda memerlukan ruang kerja atau studio sebagai keperluan utama mereka, oleh itu sokongan pihak korporat, kilang, gudang, pusat membeli-belah, kedai, pejabat, rumah, bangunan, atau kuarters kerajaan yang ditinggalkan dan tidak digunakan lagi boleh dijadikan sebagai ruang pelukis,” titah baginda ketika merasmikan Pameran Harumanis di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), di sini, hari ini. 

Pameran Harumanis yang berlangsung dari 1 hingga 30 Sept diadakan sempena dengan sambutan ke 25 tahun Aswara tahun ini, menonjolkan 32 karya dari pensyarah Fakulti Rekaan Komunikasi Visual Aswara yang juga merupakan penggiat seni visual yang aktif. 

Sebanyak 15 karya dari pameran itu dihadiahkan untuk koleksi tetap Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis. 

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara Datuk Rashidi Hasbullah dan Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa'di Hashim.

~ BERNAMA ~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE