Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pupuk patriotisme di dalam karya seni n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pupuk patriotisme di dalam karya seni

Pupuk patriotisme di dalam karya seni

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 September 2019 10:20

KUCHING 23 Sept. - Semangat patriotisme yang semarak ketika sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu dipupuk secara berterusan melalui karya-karya seni. 

 

dinner-4

 

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam yang juga ADUN N49, Nangka, Dr. Annuar Rapa’ee berkata, kaedah itu akan lebih berkesan dalam melahirkan masyarakat yang mendukung perpaduan dan keharmonian sesebuah negara.

"Keupayaan sebegini ini juga akan mewujudkan kepintaran emosi dan intelektual dalam kalangan masyarakat untuk mendepani kehidupan yang semakin mencabar," katanya

Annuar berkata demikian ketika ucapan alu-aluan keberangkatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menghadiri ‘Majlis Santapan Malam Pengucapan Puisi Bandaraya Kuching’ yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak di Hotel Pullman Kuching, Sarawak pada sabtu malam.

Baginda dalam rangka lawatan kerja selama dua malam ke Kuching.

 

dinner-2

 

Turut hadir ialah ADUN N36 Layar, Gerald Rentap Jabu dan ADUN N44 Jemoreng, Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya.

Annuar juga penuh yakin dan percaya bahawa acara sebegini mampu melahirkan insan yang kreatif, inovatif dan sensitif terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling kita melalui penghayatan nilai kesenian.

 

dinner-1

 

Beliau juga berharap program seperti ini turut melibatkan pelbagai latar belakang masyarakat untuk bersama-sama mendukung agenda kerajaan ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang maju, progresif dan bersatu padu dalam pelbagai bidang selain mencadangkan agar pada tahun hadapan diadakan ‘Malam Pengucapan Puisi’ ini turut melibatkan peserta dari Negara-negara ASEAN yang lain seperti Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Johan Syair Kebangsaan 2009, Mohd Faizal Jamil dan Johan Sayembara Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2019, Khalid Husseine Tuah antara yang menyampaikan persembahan istimewa di majlis tersebut.

Tidak ketinggalan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

 

dbp-2

 

Raja Muda Perlis terdahulu berkenan berangkat merasmikan ‘Koleksi Borneo’ di Pejabat Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Kuching.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abdul Wahab Hamzah serta para pegawai kanan beliau.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Dr. Hazami Jahari.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Abdul Wahab mempersembah maklumkan kepada baginda bahawa ‘Koleksi Borneo’ adalah koleksi yang amat berharga bagi DBP Cawangan Sarawak kerana koleksi ini melambangkan warisan daripada kekayaan budaya kepelbagaian etnik masyarakat di negeri itu.

Koleksi Borneo juga adalah warisan daripada Biro Kesusasteraan Borneo yang menjadi asas penubuhan DBP Cawangan Sarawak.

Bersempena majlis tersebut pesilat dari Persatuan Silat Selepang Putih membuat persembahan istimewa di awal program. Seramai 37 orang anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib turut menerima sumbangan daripada pihak Baitulmal Negeri Sarawak di majlis berkenaan yang disampaikan oleh baginda.

 

~ UTUSAN ONLINE~

dbp-1

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE