Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis lawat UNIMAS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis lawat UNIMAS

Raja Muda Perlis lawat UNIMAS

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 September 2019 08:20

KUCHING 23 Sept. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Muzium Anatomi dan Patalogi serta Makmal Klinikal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, Sarawak pagi semalam.

 

unimas-4

 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor Halal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datu Mohd Fadzil Abd Rahman dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Hata Rasit.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Ir. Ts, Dr. R. Badlishah Ahmad.

Dalam ucapan alu-aluan beliau di Galeri Pejabat Canselori, Mohamad Kadim memaklumkan bahawa warga UNIMAS dipacu oleh kekuatan seramai 2,268 orang staf, dengan bilangan pengurusan dan pelaksana seramai 1,449 serta para akademik seramai 819 orang termasuk seramai 68 staf dari luar negara yang berkhidmat di pelbagai fakulti berasa amat sukacita di atas kesudian Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beserta rombongan sudi meluangkan masa berangkat hadir ke kampus UNIMAS sempena lawatan kerja baginda selama dua malam yang padat dengan program pada kali ini.

 

unimas-3

Beliau juga berkongsi info bahawa UNIMAS sebagai universiti awam ke-8 di negara ini ditubuhkan pada 24 Disember 1992. Ia juga merupakan universiti pertama yang ditubuhkan selepas pelancaran ‘Wawasan 2020’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini memberi fokus kepada ‘Niche Areas’ dalam bidang ‘Biodiversity and Environmental Conservation’, ‘Sustainable Community Transformation’ serta ‘Information, Communication and Creative Technology’.

Untuk rekod, UNIMAS kini mempunyai 15,581 orang pelajar dan Alumni seramai 44,640 orang, pertambahan sebanyak 3,965 pelajar yang akan bergraduat pada Oktober nanti. Selain daripada itu, UNIMAS turut menawarkan 13 program Sarjana secara kerja kursus, 45 Program Prasiswazah, 1 program PhD secara kerja kursus dan 28 Program Sarjana dan PhD secara penyelidikan.

 

~ UTUSAN ONLINE ~

unimas-2

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE