Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Manfaatkan program `Habis Belajar Terus Kerja' - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Manfaatkan program `Habis Belajar Terus Kerja' - Raja Muda Perlis

Manfaatkan program `Habis Belajar Terus Kerja' - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 03 September 2019 08:20
 

PADANG BESAR 3 Sept. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail seru pelbagai pihak bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melaksanakan program - Habis Belajar Terus Kerja, bagi membantu anak-anak asnaf membina kehidupan yang lebih baik.

Baginda yang berkenan berangkat melancarkan kempen "Habis Belajar Terus Kerja" anjuran Akademi Transformasi Asnaf MAIPs - ATAM di Masjid Al Nur, Kampung Cantik, Padang Besar, juga mengalu-alukan anak-anak asnaf seluruh Perlis mengambil kesempatan daripada peluang tersebut.
 
Keberangkatan tiba baginda ke program tersebut yang disekalikan dengan aktiviti ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 21 bagi tahun 2019’ disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Mohd Nazim selepas majlis tersebut, seluruh warga asnaf Perlis yang berkelayakan dialu-alukan untuk tampil ke hadapan hadir beramai-ramai bagi merebut peluang "Habis Belajar Terus Kerja" ini yang dilaksanakan oleh MAIPs bersama-sama dengan salah sebuah rakan kolaborasinya iaitu pihak KISMEC.

Tambah beliau, "Jika anda Asnaf yang ingin mengubah masa depan dengan hanya boleh membaca, mengira serta bertulis dengan baik, pihak ATAM MAIPs amat berbesar hati menyeru anda menyertai program-program berkenaan. Insya-Allah."

Antara kursus-kursus yang ditawarkan bagi promosi pada sesi kali ini adalah ‘Kursus Ujian Tanpa Musnah’, ‘Kursus Keselamatan Rangkaian Profesional’, ‘Kursus Jalur Lebar dan Komunikasi Data’ dan Kursus Operasi Himpunan Otomatif.

Turut disediakan adalah ‘Sijil Profesional Marin - G1’, ‘Kursus Pemasangan Sistem Suria’, ‘Pakar Pembuatan dalam bidang Pengoperasi Automasi (i4.0)-Bosch’, dan juga ‘Jurukimpal’.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungilah pihak ATAM MAIPs di talian 04-9794439 (Waktu bekerja sahaja) untuk mendapatkan terma dan syarat.

Untuk rekod, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs ditubuhkan bertujuan untuk memberikan peluang pendidikan dan latihan kepada warga asnaf di negeri Perlis. Sehingga hari ini MAIPs telah melaksanakan 24 program kolaborasi untuk memberikan peluang pendidikan dan pekerjaan.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE