Permasalahan ini mungkin dilihat ‘kecil’ oleh sesetengah pihak tetapi sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, kita akan dapat lihat impak yang besar kepada kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian rakyat. Semua ini jika tidak dibendung di peringkat awal, akan menyumbang kepada masalah dan malapetaka yang lebih besar lagi.


Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan ‘Seminar Keselamatan Sempadan’ anjuran Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kangar pada isnin petang.


 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud dan Pengarah Jabatan Imigresen Malayisia Negeri Perlis, Basri Othman.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Azman Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Operasi), Mohamad Fauzi Md Isa.


Baginda turut menambah bahawa penganjuran seminar ini diihat wajar dijadikan satu peluang terbaik kepada agensi-agensi terlibat untuk bersatu hati, berbincang dan berkongsi fikiran dalam mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan sempadan negara. 


Keselamatan sempadan negara yang kukuh, secara tidak langsung akan meningkatkan lagi keselamatan dalam negeri bagi memberi keyakinan untuk menarik minat para pelabur asing datang membuat pelaburan serta menjalankan perniagaan di sini dan seterusnya meningkatkan lagi ekonomi dan pulangan pendapatan rakyat.


 

~UTUSAN~