Turut hadir ialah Pengarah Imigresen Negeri Perlis, Basri Haji Othman dan timbalan beliau, Sukmawati Mohd Idris. Dalam majlis mengadap tersebut baginda dipersembahmaklumkan mengenai isu-isu berkenaan imigresen di negeri Perlis.

Pada sebelah petangnya Tuanku Raja Muda berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan ‘Seminar Keselamatan Sempadan’ anjuran Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kangar.

Bertepatan dengan slogan “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”, baginda menitahkan sokongan ke atas penganjuran seminar sebegini kerana secara tidak langsung para ahli panel undangan yang hebat-hebat belaka dalam bidang masing-masing dapat memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan dan sempadan negara, ilmu pengetahuan, isu keselamatan, keamanan, kemajuan serta kemakmuran negeri dan negara.

Kemudiannya pula baginda turut berkenan mengambil bahagian di dalam program kayuhan berbasikal disertai para peserta seminar berkenaan yang disekalikan dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke 62 dan juga MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali yang ke 56 bagi tahun 2019 ini.

 

~UTUSAN~