Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kolaborasi semua cabang Angkatan Simpanan perlu mantap - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kolaborasi semua cabang Angkatan Simpanan perlu mantap - Raja Muda Perlis

Kolaborasi semua cabang Angkatan Simpanan perlu mantap - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 09 Ogos 2019 08:20
 

ZURICH 9 Ogos - Bagi memartabatkan Rejimen Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia di peringat nasional, pelan kolaborasi yang lebih holistik bersama dengan pasukan simpanan yang lain dari Tentera Udara dan Tentera Laut hendaklah direalisasikan dengan sebaik mungkin agar ketumbukan Angkatan Simpanan negara akan lebih dimartabatkan, utuh dan perkasa bagi sama-sama meneruskan agenda pertahanan nasional demi agama, bangsa dan negara.

Pada masa yang sama, pengambilan dan pengekalan perkhidmatan Anggota Rejimen Askar Wataniah serta pendekatan latihan yang akan dilaksanakan demi kecemerlangannya di masa akan datang juga memerlukan perancangan dan halatuju yang amat jelas di setiap peringkat kepimpinan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan khas ke salah sebuah industri pertahanan milik RUAG Ammotec yang terdapat di Thun, Switzerland baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Presiden Kanan Bagi Unit Perniagaan Pertahanan dan Penguatkuasaan Undang-Undang RUAG Ammotec, Martin Neujahr serta para pegawai kanan beliau.

Berangkat sama, anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Sharrina Abdullah, Konsul Kehormat Malaysia di Basel, Datuk Jeffery Sandragesan dan Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Milan, Awangku Fiarulnazri Awang Tajudin l.

Tambah baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpengkalan di Kem Bukit Keteri Perlis lagi, tumpuan seterusnya yang hari diberi penakanan serius adalah latihan-latihan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh Rejimen Askar Wataniah perlu sentiasa ada penambahbaikan serta pendekatan yang lebih kreatif dan berinovatif bagi memupuk minat dan komitmen berterusan para anggota baik pegawai mahupun lain-lain pangkat.


 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE