Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Syarikat Peluru Dari Switzerland Buka Kilang Di Malaysia

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Syarikat Peluru Dari Switzerland Buka Kilang Di Malaysia

Syarikat Peluru Dari Switzerland Buka Kilang Di Malaysia

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 06 Ogos 2019 15:34

FUERTH, Jerman 6 Ogos 2019 (Selasa) - Sebuah syarikat pengeluar peluru Switzerland terkemuka dunia akan membuka kilangnya di Perlis, Malaysia.

Ruag Ammotec dijangka melabur sebanyak kira-kira RM500 juta bagi membina kilang di kawasan perindustrian Pauh Putra.

Naib Presiden Kanan Ruag Ammotec, Martin Neujahr berkata, Malaysia bakal menjadi penghubung kepada rangkaian pengeluaran dan pemasaran di Benua Asia.

Katanya, Ammotec Ruag berusaha memasarkan peluru keluarannya ke seluruh dunia, dan pembukaan kilang di Malaysia akan menjadi pelengkap kepada perancangan tersebut.

"Kami memilih Malaysia kerana, Malaysia sebuah negara demokratik, yang stabil dari segi politik dan ekonomi serta mempunyai dasar mesra pelabur," katanya kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai delegasi melawat kilang syarikat berkenaan di sini hari ini.

Martin berkata, kilang berkenaan akan dibina secepat mungkin dan pengeluaran pertama adalah pada tahun hadapan.

Kilang berkenaan dijangka menyedia peluang pekerjaan kepada 200 pekerja yang sebahagian besar untuk tenaga kerja mahir.

Pekerja terbabit juga akan diberi latihan di Jerman serta Switzerland bagi memastikan peluru yang dihasilkan memenuhi kualiti standard ditetapkan.

Secara langsung ia membuka pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis untuk bekerja atau latihan industri di syarikat bertaraf antarabangsa.

Dalam itu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelabur terbabit menanam modal di Malaysia.

Pengarah MIDA Munich, Muhammad Khaidir Hairuddin berkata, kerajaan Malaysia mengalu-alukan syarikat asing untuk melabur seperti Ruag Ammotec yang akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

"Ia menunjukkan pelabur asing terus yakin dengan Malaysia," katanya ketika ditemui di Munich.Katanya, syarikat Malaysia juga digalakkan menjalinkan kerjasama dengan syarikat Jerman yang mempunyai teknologi tinggi. Selain membuka kilang, Ruag Ammotec juga akan memindahkan teknologi tinggi ke Malaysia.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.