Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terapkan Sahsiah Unggul, Budaya Berfikir Dalam Kalangan Pelajar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Terapkan Sahsiah Unggul, Budaya Berfikir Dalam Kalangan Pelajar

Terapkan Sahsiah Unggul, Budaya Berfikir Dalam Kalangan Pelajar

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 03 Ogos 2019 09:20

DOHA, 3 Ogos 2019 (Sabtu) - Penerapan nilai-nilai positif dan unggul serta budaya berfikir dalam kalangan pelajar haruslah menjadi keutamaan sesebuah institusi pendidikan.

Dalam bidang pendidikan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menyumbang ke arah hasrat bagi mewujudkan budaya pelajar berfikir dan sahsiah unggul.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,000 untuk ‘Tabung Ibnu Sabil’ bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan kewangan di Qatar kepada Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Qatar, Mohamad Shahir Sabarudin di Doha pada malam tadi.

Turut sama berangkat ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menurut baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, MAIPs telah memperkenalkan biasiswa tinggi pelajar ke Kolej Universiti Islam Perlis di peringkat pengajian tinggi semenjak tahun 2017 lagi dan sehingga kini seramai 500 pelajar telah menerima tajaan berkenaan.

MAIPs juga mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Malaysia (UIM) dengan menaja 12 orang pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah melalui ‘Kursi Jamalullail’ yang diperkenalkannya.

Penekanan MAIPs dalam pembudayaan berfikir dilestarikan lagi dengan penajaan 50 orang pelajar dalam bidang doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui ‘Kursi Jamalullail’ di IPTA berkenaan bermula pada Februari 2019.

Selain itu, MAIPs turut memperkenalkan penajaan pelajar dalam bidang kemahiran melalui kolaborasi anak syarikatnya iaitu Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bersama 24 buah syarikat yang menawarkan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat berkursus.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE