Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tangani Sisa Elektronik, Elak Pencemaran - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tangani Sisa Elektronik, Elak Pencemaran - Raja Muda Perlis

Tangani Sisa Elektronik, Elak Pencemaran - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 02 Ogos 2019 09:20

ARAU, 2 Ogos 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa sekarang terdapat peningkatan jumlah sisa e-waste yang disebabkan oleh ledakan pantas teknologi peralatan dan kelengkapan bertujuan bagi memudahkan urusan seharian termasuklah komputer, televisyen, telefon bimbit serta barangan elektrik dan elektronik.

Sisa-sisa kelengkapan yang rosak ini, titah baginda, perlu diurus sebaiknya mengikut tatacara yang ditetapkan, kerana e-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang berbahaya

"Namun begitu, melalui pengurusan yang baik pula ianya akan mampu memberi faedah kerana sisa kelengkapan tersebut mempunyai logam yang berharga seperti emas, kuprum dan sebagainya," titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyertai ‘Program Kayuhan Berbasikal bersempena ‘Sambutan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis, Tahun 2019’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al Falah, Kampung Behor Mempelam, Tambun Tulang, Arau petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Azman Shah Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut serta ialah Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Ketua Setiausaha MESTECC, Dr. Mohd Nor Azman Hassan serta Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Roslan Mohamad.

Dalam pada itu Azman Shah pula menambah bahawa bagi memastikan keberkesanan pengurusan e-waste di negeri Perlis, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri telahpun mengadakan ‘Program Kitar Pemerolehan Kembali Sisa Buangan Elektronik Isi Rumah dan Pelupusan e-Waste’ yang turut melibatkan kerjasama oleh pelbagai pihak melalui aktiviti pengumpulan e-waste di premis-permis kerajaan, sekolah serta IPT di seluruh negeri Perlis dan ianya akan diteruskan lagi dari masa ke semasa.

Program ini yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-54 bagi tahun 2019 ini dianjurkan oleh pihak JAS dengan kerjasama MAIPs.

Bersempena kayuhan tersebut baginda turut berkenan merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio-Ekonomi Asnaf MAIPs berupa sebuah projek tanaman dan semaian benih yang diusahakan oleh Abdul Rashid Ismail, 64 tahun (No Tel : 0123921400) di Kampung Padang Besar Mukim Kurung Anai, Arau.

Untuk rekod, Isteri Rashid, Badrisakh Matt telah mengusahakan perniagaan yang sama khususnya melalui ‘online’ sejak tahun 2000 lagi di Kg. Mata Ayer sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Abdul Rashid dan telah berpindah operasi beliau ke Kurung Anai.

Pasangan berkenaan menerima sumbangan bantuan modal pusingan daripada MAIPs berjumlah RM3,000.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE