Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Aplikasi e-Pembayaran Mudahkan Pengguna n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Aplikasi e-Pembayaran Mudahkan Pengguna

Aplikasi e-Pembayaran Mudahkan Pengguna

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Julai 2019 08:20

TUANKU Syed Faizuddin merasmikan kempen MyDebit dan JomPAY Perlis 2019 di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Unimap, Arau, Perlis hari ini.

Turut kelihatan, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen.- UTUSAN ONLINE

 

ARAU, 25 Julai 2019 (Khamis) - Penggunaan aplikasi e- Pembayaran seperti MyDebit dan JomPAY bagi memudahan urusan seharian rakyat telah lama wujud dan sedang berkembang pesat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menyedari kepentingan
aplikasi e- Pembayaran dalam meningkatkan produktiviti dan memberikan kemudahan kepada para pengguna, kutipan bayaran tanpa tunai melalui perkhidmatan MyDebit dan JomPAY akan terus diperkukuhkan melalui kolaborasi pelbagai pihak.

"Kolaborasi bersama-sama pihak berkepentingan di negeri ini seperti Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Tanah Dan Galian negeri, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Maybank diharap akan memudahkan lagi urusan semua pihak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenaan merasmikan kempen MyDebit dan JomPAY negeri 2019 di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Pauh Putra di sini hari ini

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transformasi Digital (PTDK), Datuk Azaddin Abdul Aziz dan Pengarah Bahagian Pengurusan Pihak Berkepentingan Payment Network (Malaysia) Sdn. Bhd. Muhammad Firdaus Abdul Ghani.

Seterusnya baginda yakin, segala urusan akan menjadi lebih mudah, cepat, selamat dan efisyen melalui e-Pembayaran ini.

Dalam masa sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berharap agar masyarakat berminda terbuka serta sama-sama melangkah ke hadapan dengan menerima kaedah baharu pada hari ini seiring dengan perkembangan dunia global.
 
"Saya amat berharap agar kaedah ini akan terus diperluaskan dan turut digunakan oleh agensi-agensi yang lain bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. 

"Semoga lebih banyak lagi inovasi akan dilahirkan bagi menambahbaik kualiti kehidupan kita pada hari ini dan juga di masa akan datang," titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE