Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Institusi Pendidikan Agenda Pembangunan Wawasan Negara - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Institusi Pendidikan Agenda Pembangunan Wawasan Negara - Raja Muda Perlis

Institusi Pendidikan Agenda Pembangunan Wawasan Negara - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 23 Julai 2019 09:20

ARAU, 23 Julai 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah institusi pendidikan adalah sebuah institusi yang penting dalam merencana wawasan negara.


Baginda bertitah, tanpa adanya golongan intelektual serta tenaga kerja mahir daripada pelbagai bidang, maka negara tidak dapat melangkah jauh seiring negara maju yang lain. 

"Beta mahu semua institusi pendidikan terus berdaya maju dan tidak jemu bersaing dalam misi melahirkan teknokrat yang mampu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ sebaris dengan tokoh-tokoh terkenal di persada antarabangsa. 

Gunakanlah peluang keberadaan di institusi ini untuk mencari ruang meluaskan potensi diri seterusnya mencipta anjakan paradigma di pentas realiti dunia kelak," titah baginda selepas berkenan merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) ke-13 di sini, hari ini. 

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, PTSS tidak asing dalam menyumbang kepada pelbagai agenda pembangunan negara sekaligus merealisasikan pembangunan modal insan.

Pada majlis konvokesyen itu, baginda berkenan menyampaikan Diploma kepada 123 graduan daripada pelbagai jurusan dan baginda juga berkenan menyampaikan sijil kepada 26 graduan Orang Kelainan Upaya (OKU), pekak dan bisu dalam bidang Sijil Hotel dan Katering.

Sementara itu, Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan dalam ucapannya berkata, bedasarkan kepada kebolehanpasaran graduannya mencapai pada kadar 96.25 peratus.

Ia adalah hasil kerjasama erat dan aktif bersama industri dan agensi kerajaan.

“Sebanyak 80 firma menandatangani kolaborasi strategik bersama PTSS sebagai jalinan yang membantu dua pihak antara PTSS dan pelajar serta pihak industri yang terdiri daripada individu yang pakar dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE