Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Ketuai Pendakian Bukit Wang Angin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Ketuai Pendakian Bukit Wang Angin

Raja Muda Perlis Ketuai Pendakian Bukit Wang Angin

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Julai 2019 08:20

KANGAR , 22 Julai 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai aktiviti riadah hujung minggu berupa ‘Pendakian Bukit Ke Batu Tanda Sempadan Malaysia-Thailand "4P" yang terletak di Bukit Wang Angin yang terletak kira-kira 11km di Barat Laut bandar Kangar pada petang semalam.

Perjalanan santai sambil dapat melihat flora dan fauna serta pemandangan indah dari atas bukit ke arah sawah padi, kebun-kebun harumanis serta bukit-bukit batu kapur yang tersergam indah itu melibatkan laluan melalui kawasan tanah dan dusun buah-buahan persendirian berbukit bukau dengan tanaman seperti durian, manggis, cempedak dan petai sebelum memasuki kawasan Hutan Simpan Kurong Batang.

Batu Sempadan "4P" tersebut terletak di jajaran sempadan Malaysia-Thailand yang berada dalam Hutan Simpanan Kekal yang bermula dari Kuala Perlis dan berterusan ke Batu Sempadan 8C iaitu di Gunung Perlis dan 8B di pintu masuk sempadan Wang Kelian.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Ag. Shaffie Ag. Ahmadni.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE