Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pertahan, Pelihara Khazanah Bangsa - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pertahan, Pelihara Khazanah Bangsa - Raja Muda Perlis

Pertahan, Pelihara Khazanah Bangsa - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 21 Julai 2019 08:20

ARAU, 21 Julai 2019 (Ahad) - Seni silat yang merupakan khazanah bangsa perlu sentiasa dipelihara dan dihidupkan dalam kalangan generasi muda hari ini, agar tidak pupus ditelan zaman.

Sehubungan itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar generasi muda menceburi diri dalam seni mempertahankan diri itu.

“Selain silat, golongan muda ini juga digalakkan menyertai seni mempertahankan diri seperti taekwando, judo dan sebagainya.

“Kesenian ini dapat membentuk jati diri, disiplin, keyakinan diri serta rasa tanggungjawab dalam diri anak muda,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan Tempur Politeknik Malaysia 2019 di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Amin Mamat dan Pengarah PTSS Perlis, Abdul Malek Hassan.

Seterusnya baginda bertitah, sukan mampu memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar.

Titah baginda, penglibatan dalam aktiviti sukan adalah pendedahan asas kepada pelajar terhadap amalan gaya hidup sihat dan aktif.

“Sukan juga adalah platform terbaik bagi mencungkil potensi serta bakat para pelajar dan ia juga merupakan medium yang efektif untuk pembentukan keperibadian warga belia.

“Penyertaan seseorang pelajar di dalam sesebuah kejohanan menuntut mereka supaya memiliki disiplin, komitmen, persediaan mental dan fizikal serta semangat berpasukan yang tinggi.

“Kemahiran ini amat penting dalam mempertingkatkan lagi keupayaan pelajar bagi mengawal diri, mental dan tindakan yang menjadi elemen utama dalam kehidupan,” titah baginda.

Dalam karnival berkenaan, Mohd Syafiq Zubir menerima Anugerah Tokoh Sukan Tempur manakala Muhammad Izzul Irfan Marzuki dianugerahkan sebagai Atlet Silat Terbaik.

Politeknik Nilai Negeri Sembilan muncul johan keseluruhan dalam karnival disertai oleh 380 peserta dari 20 buah politeknik di seluruh negara itu.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE