Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Disaran Semarakkan Aktiviti Khidmat Komuniti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Disaran Semarakkan Aktiviti Khidmat Komuniti

UniMAP Disaran Semarakkan Aktiviti Khidmat Komuniti

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 18 Julai 2019 08:20

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2019 (Khamis) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyemarakkan lagi program-program khidmat komuniti di pelbagai lapisan masyarakat melalui penglibatan warga kampusnya.

Tagline “UniMAP di mana-mana” dan “UniMAP Di Hati” direalisasikan kerana saban hari, pelbagai program khidmat komuniti dijalankan oleh universiti ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri satu majlis santapan tengahari di ibu negara baru-baru ini.

Di majlis tersebut baginda mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas dan mengalu-alukan kehadiran beliau bagi menyampaikan syarahan umum di UniMAP bersempena lawatan kerja beliau ke negeri Perlis bagi menyembah mengadap hormat ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 27 dan 28 Ogos yang akan datang nanti berjudul “Argentina & Malaysia: Commercial And Investment Opportunities”.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir, isteri Manuel, Guadalupe.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut menambah bahawa pemerkasaan peranan ‘Universiti Untuk Masyarakat’ adalah selari dengan hasrat dan hala tuju Kementerian Pendidikan.

Laluan ke universiti ini kini dibuka untuk diterokai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hari ini, menara gading tidak lagi terbatas kepada warga komuniti yang ingin melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi semata-mata.

Hari ini, Universiti adalah juga hub kepada komuniti untuk berkongsi manfaat lebih menyeluruh dalam aspek kepakaran sumber manusia dan kemajuan teknologi.

Konsep “Giving Back to Community” kini diangkat kepada “Universiti Untuk Masyarakat” atau secara ringkasnya menghakmilikkan menara gading kepada masyarakat.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE