Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pusat pengajian Islam di Bukit Jernih bebas fahaman penganas n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pusat pengajian Islam di Bukit Jernih bebas fahaman penganas

Pusat pengajian Islam di Bukit Jernih bebas fahaman penganas

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 16 Julai 2019 09:20

KANGAR 16 Julai - Pusat Pengajian Agama Dar Al-Quran Wal Hadeeth di Bukit Jernih di sini yang diarah tutup sejak Oktober lalu kerana dikaitkan dengan fahaman pengganas dibenarkan beroperasi semula.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, keputusan itu dibuat setelah siasatan mendapati pusat pengajian tersebut bebas daripada sebarang aktiviti keganasan.

Dalam masa sama katanya, polis akan terus melakukan pemantauan rapi ke atas pusat pengajian tersebut dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JHEAIPs).

“Pusat itu dibenarkan beroperasi seperti biasa, namun kemasukan tenaga pengajar dan pelajar luar negara perlu melalui tapisan polis terlebih dahulu.

“Pihak pengurusan perlu menyerahkan senarai lengkap butiran tenaga pengajar dan pelajar dari semasa ke semasa selain memberi kerjasama ketika pemeriksaan berkala dilakukan polis,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Noor Mushar, pemantauan juga akan dilakukan di semua pusat pengajian di seluruh negeri termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai tenaga pengajar dan pelajar warga asing.

Akhbar sebelum ini melaporkan operasi sebuah pusat pengajian di negeri ini dihentikan serta-merta sehingga satu tarikh yang akan diumumkan Ketua Polis Perlis.

Institusi tersebut mempunyai seramai 119 warga asing dari 19 buah negara, sementara yang terlibat dalam tangkapan adalah hanya enam orang.- UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE