MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
KANGAR 15 Julai - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima taklimat mengenai ‘Draf Perancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis (Penggantian 2035)’ di ruang legar Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Perlis di Kangar.
Keberangkatan baginda disambut oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Wan Ahmad Fazli Wan Kamis dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (Plan Malaysia) Negeri Perlis, Shahrul Niza Samsudin.
Dokumen ini menerangkan mengenai rancangan pembangunan kawasan rancangan tempatan dan mengemukakan perancangan yang baharu untuk menggantikan rancangan pembangunan terdahulu iaitu rancangan tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2009 hingga 2020 yang telah diwartakan pada 5 Disember 2013 dan akan tamat tempoh perancangannya. Segala perancangan dan cadangan pemajuan yang dirangka adalah berpandukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
Selain daripada itu, Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2009 hingga 2020 juga telah melalui 2 proses penggubahan iaitu dikenali sebagai rancangan tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2009 hingga 2020 (penggubahan) yang diwartakan pada 10 November 2016. Penggubahan ini secara tidak langsung menjadi indikator bahawa kawasan Majlis Perbandaran Kangar sedang melalui proses perbandaran dan memerlukan keselarasan dari segi perancangan dan kawalan pembangunan dalam bentuk penyediaan sebuah rancangan pembangunan yang baharu dengan mengambil kira keperluan, trend dan senario pembangunan terkini.
Kunjungan tersebut adalah bersempena dengan aktiviti kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke 50 bagi tahun 2019 ini.