Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 120 sertai kayuhan bersama Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
120 sertai kayuhan bersama Raja Muda Perlis

120 sertai kayuhan bersama Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 Julai 2019 15:20

KANGAR - Seramai 120 orang peserta mengambil bahagian di dalam program ‘Kayuhan Berbasikal DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bersama Alumni Kolej Komuniti Zon Utara 2019’ yang bermula dan berakhir di pekarangan bangunan Kolej Komuniti Cawangan Kangar petang semalam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai program tahunan tersebut yang dianjurkan bagi kali ke tiga oleh Kolej Komuniti Arau, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan salah satu aktiviti yang telah dimasukkan dalam takwim aktiviti sempena Bulan Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang ke 76.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Kolej Komuniti Arau, Norasmah Saad dan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Abdul Malek Hassan.

Berangkat sama, anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Bersempena majlis tersebut, turut diadakan ialah ‘Pelancaran Produk Keusahawanan Kolej Komuniti Arau’ selain program khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh para pensyarah dan pelajar kolej berkenaan bagi mengecat dan menyempurnakan kerja-kerja pendawaian semula di tiga buah rumah asnaf terpilih di dalam kawasan Kampung Bakau Kangar.

Selepas majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran kian meningkat bagi menampung keperluan sesebuah negara.

Pendidikan vokasional jelas mampu melahirkan modal insan kelas pertama ke arah menjadikan negara maju. Sebagai contoh, 60% tenaga kerja di Jerman terdiri daripada mereka yang berpendidikan vokasional. Pelajar pendidikan vokasional semakin mudah mendapat pekerjaan.

Hal ini kerana keperluan pelbagai sektor terutama industri pembinaan memerlukan tenaga kerja mahir bagi menjana ekonomi negara. Bidang ini juga mempunyai masa depan cerah dalam membantu kerajaan mengurangkan tenaga kerja asing di negara kita.

Baginda turut menegaskan bahawa golongan pelajar seharusnya mengambil peluang untuk mengembangkan setiap bakat dan potensi masing-masing melalui kuasa teknologi selaras dengan Gelombang Revolusi Perindustrian Ke-4 (Industri 4.0).

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE