Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis saksi tayangan amal anjuran alumni Penang Free School n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis saksi tayangan amal anjuran alumni Penang Free School

Raja Perlis saksi tayangan amal anjuran alumni Penang Free School

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 Julai 2019 14:20

KUALA LUMPUR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan ‘Majlis Tayangan Perdana Filem Dokumentari "PFS - The School That Built A Nation: The 200 Year Legacy" di Pawagam GSC di One Utama Mall, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan bekas pelajar Penang Free School - Old Frees Association Kuala Lumpur & Selangor (OFA KLS).

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Filem yang berdurasi 55 minit ini adalah mengenai penubuhan Penang Free School pada 21 Oktober 1816 oleh Reverand Hutchings di Pulau Pinang dan seterusnya kemajuannya sebagai sekolah yang mengeluarkan tokoh-tokoh terkemuka Negara sehingga lah terkini.

Pengambaran filem ini merangkumi bukan sahaja di Malaysia namun termasuk bahan daripada pengembaraan atas darat PFS menjelajah negara China, Eropah dan juga England.

Matlamat tayangan ini juga adalah sebagai majlis amal bagi mengutip derma bagi mengutip dana biasiswa Yayasan Penang Free School dan tabung Persatuan itu.

“Dokumentari ini juga merakamkan perjalanan kereta merentas benua oleh sekumpulan bekas pelajar Penang Free School dari Kuala Lumpur ke Dittisham, England, iaitu tempat kelahiran Hutchings.

Penang Free School adalah juga sekolah yang pernah dihadiri Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sendiri yang kini adalah Penaung DiRaja OFAKLS, ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan juga anakanda sulung iaitu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj serta beberapa orang jemaah menteri Kabinet dahulu dan sekarang, ahli-ahli korporat dan ribuan rakyat yang telah membangunkan negara selama 200 tahun lampau juga pernah mendapat pendidikan di sekolah ini.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE