Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak mudaratkan imej Islam - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Elak mudaratkan imej Islam - Raja Muda Perlis

Elak mudaratkan imej Islam - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 Julai 2019 13:20

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa apa jua bentuk perlakuan yang boleh mendatangkan mudarat atau memberikan imej yang salah terhadap Islam dan umatnya haruslah dielakkan bagi menjauhi mudarat yang lebih besar.

Oleh yang demikian, titah baginda, situasi semasa, faktor perubahan zaman serta tempat haruslah difahami bagi mencapai keputusan yang selari dengan kehendak dan objektif syariat.

 Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyertai ‘Kayuhan Bersama Program Mobiliti Pelajar Universitas Islam Riau (UIR) dari Pekanbaru, Indonesia’ yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama, Jalan Kaki Bukit, Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Program ini yang disekalikan dengan ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke-48 bagi tahun 2019’ ini adalah anjuran pihak MAIPs dan juga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang menjadi tuanrumah buat tahun yang ke dua program sedemikian melibatkan kehadiran para mahasiswa dari UIR bertandang ke Perlis untuk tempoh selama tiga minggu.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs turut mengingatkan bahawa amalan di dalam Islam mempunyai disiplin dan peraturannya yang wajib dipatuhi.

Bahkan di medan peperangan sekalipun terdapat peraturan dan disiplin yang harus diikuti yakni “The Do’s And The Dont’s”. Tindakan semberono atas nama agama amatlah dilarang.

Begitu juga dengan berdakwah yang bertujuan mencegah kemungkaran turut memiliki disiplin serta ada peraturan, garis panduan dan pertimbangan yang wajib dipatuhi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah warung menjual air tebu dan juga kedai makan diusahakan oleh Yahya Mat, 50 tahun (No Tel : 0164725844) yang beroperasi sejak 2014 di B92 Batu 3 3/4 Jalan Kaki Bukit yang menerima sumbangan MAIPs berjumlah RM3,350 sebagai modal perniagaan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE