Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis saran program "koakademik " martabatkan penguasaan Bahasa Melayu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis saran program "koakademik " martabatkan penguasaan Bahasa Melayu

Raja Muda Perlis saran program "koakademik " martabatkan penguasaan Bahasa Melayu

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 Julai 2019 11:20

KANGAR, 9 Julai (Bernama) -- Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah akan lebih berkesan dengan pelaksanaan kegiatan berbentuk ‘koakademik’, iaitu pendekatan kokurikulum dan akademik.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail bertitah pendekatan ini juga akan memahirkan pelajar untuk menguasai pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis dalam bahasa itu.

Baginda bertitah demikian ketika menutup program Memperkasa Bahasa Sempena Kembara Titah Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2019 di Auditorium Jabatan Kesihatan Negeri di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri, itu turut dihadiri Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

“Dalam aspek sosial, program ini dapat membina semangat budaya berilmu dalam kalangan masyarakat yang dicambahkan melalui pertandingan untuk menggalakkan pelajar mengguna Bahasa Melayu yang betul,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berharap akan ada kemunculan generasi muda yang berketerampilan dan berkeupayaan mengungkap Bahasa Melayu baku sebagai wahana budaya.-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE