Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Inovasi Serta Kreativiti Pemangkin Ke Arah Negara Maju - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Inovasi Serta Kreativiti Pemangkin Ke Arah Negara Maju - Raja Muda Perlis

Inovasi Serta Kreativiti Pemangkin Ke Arah Negara Maju - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 09 Julai 2019 10:20

ARAU, 9 Julai 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalaullail mahu pelajar menjadi serba boleh dalam menyelesaikan pelbagai isu yang kompleks di samping kreatif dan inovatif untuk menjadi pemangkin ke arah negara maju.

Baginda bertitah, pelajar hari ini berhadapan dengan dunia yang berasaskan teknologi digital iaitu internet, pengkomputeran awan dan media sosial yang memberi cabaran baharu kepada sistem pendidikan formal.

“Dalam hubungan ini guru dan pengurusan sekolah perlu memberi komitmen berterusan bagi membentuk alat pedagogi dan adaptasi kaedah baharu yang amat diperlukan.

Justeru, guru dan pelajar perlu bersedia mengintegrasi luasan realiti dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana pengintegrasian luasan realiti dalam pengajaran membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih baik, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada simposium Perlis Engineering Research Learning and Innovation Symposium (Perlis 5.0) di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, baru-baru ini.

Baginda bertitah, simposium tahunan itu amat bermakna dalam usaha melahirkan penggerak inovatif yang unggul di negara ini kerana cabaran-cabaran semasa yang muncul secara sedar ataupun tidak perlu diatasi dengan penyelesaian yang kreatif dan bijaksana.

Baginda berharap pelbagai inovasi dan transformasi yang dicipta setiap tahun dipertingkatkan sehingga boleh dikomersialkan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Program itu di bawah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis dan Malaysian Research & Innovation Society (MyRIS).

Sebanyak 13 buah sekolah di seluruh Perlis menyertai simposium itu dan mempertandingkan 43 produk inovasi pelajar. Sekolah Kebangsaan (SK) Sena yang menghasilkan inovasi 'fragran deodorizing container for stinkkids shoes’ muncul juara.

Pereka muda dua beradik yang menghasilkan produk itu, Najidah Humairah Mohd Najmuddin,12, dan Najmuilmi Hakim Mohd Najmuddin, 9, memenangi pingat emas dan hadiah utama ke Kaohsiung, Taiwan.

SK Kayang menerima anugerah inovasi terbaik diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Alawiyah Kangar menerima MyRIS Best Invention Award manakala SK Putra merangkul dua anugerah iaitu MyRIS Special Award dan Perlis Special Award.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE