MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU, 8 Julai 2019 (Isnin) - Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan sentiasa mencari jalan untuk mengutamakan aspek ‘Pendidikan Berkualiti’ supaya mampu ‘berdiri’ setaraf dengan yang lain di peringkat dalam negeri dan juga antarabangsa.
Titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra JamalullailUntuk berada di tahap tersebut, KUIPs memerlukan penerapan ‘budaya kerja’ yang cemerlang iaitu dengan memiliki pelbagai kemahiran, pengetahuan, perancangan, strategi dan persediaan yang mencukupi.
"Melalui ‘budaya kerja’ yang cemerlang ini KUIPs akan mampu melahirkan barisan pelajar yang berketerampilan, berdisiplin tinggi, berakhlak mulia dan berdaya saing," titah baginda.
Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda Bilangan ke 18 bagi tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al Abrar, Kubang Gajah, Arau.
Berangkat sama ialah anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf Dan Hartanah Mal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazri Md Rejab dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.
Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs, para kakitangan terutamanya para pensyarah perlu lebih terkehadapan serta penuh ikhlas dalam memberikan tunjuk ajar mereka, memberikan contoh yang baik, memberi dorongan, motivasi serta sentiasa mengutamakan kebajikan para pelajar, serta
Sementara itu, Syed Aisam pula memaklumkan bahawa KUIPs yang merupakan sebuah kolej universiti milik penuh MAIPs sedang menjalankan pengambilan pelajar baru bagi sesi kemasukan Julai tahun 2019 ini.
Menurut beliau, kelayakan minima yang diperlukan untuk dipertimbangkan untuk memasuki KUIPs ialah 3 kepujian dalam peperiksaan SPM, pointer 2.0 dalam peperiksaan STPM atau Maqbul dalam peperiksaan STAM.
Sumber daripada Utusan Online