Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pencapaian Penjawat Awam Perlu Sejajar Harapan Masyarakat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pencapaian Penjawat Awam Perlu Sejajar Harapan Masyarakat

Pencapaian Penjawat Awam Perlu Sejajar Harapan Masyarakat

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 08 Julai 2019 08:20

PADANG BESAR, 8 Julai 2019 (Isnin) - Ekspektasi pelanggan terhadap penjawat awam tidak lagi seperti dulu, pekerja yang baik sahaja tidak mencukupi, sebaliknya mereka perlu menjadi tenaga kerja ‘hebat’ iaitu individu yang melaksanakan tugas tanpa perlu diarah atau dipantau dan berdisiplin tinggi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengambil inisiatif melalui idea yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan apa jua tugas demi mencapai matlamat organisasi.

"Warga kerja yang hebat juga akan sentiasa bertanya apa yang boleh diberi atau disumbangkan dan bagaimana mempertingkatkan lagi prestasi.

"Pada masa yang sama seluruh warga kerja di negeri ini baik kerajaan mahupun swasta diajak agar bersama-samalah bekerjasama bagi merealisasikan matlamat Perlis sebagai “Baldatun Thoiyibatun Warabbun Ghafur”. Kemakmuran dan kesejahteraan yang akan dinikmati melalui perkhidmatan dicurahkan di tahap terbaik sentiasa akan memberikan manfaat dan faedah yang sangat besar kepada seluruh masyarakat di negeri Perlis," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh satu delegasi daripada Universiti Muhammadiyah Indonesia ke Perlis yang diadakan di Teratak Teduhan Doa, Bukit Keteri, Padang Besar baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Datuk Dr Mohd Radzi Othman.

Delegasi dari Indonesia tersebut diketuai oleh Rektor Universiti Muhammadiyah Kalimantan Timor, Prof. Dr. Bambang Setiaji dan Timbalan beliau, Prof. Dr Ghozali.

Pada masa yang sama baginda mengucapkan tahniah kepada seluruh “Keluarga Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)” di setiap jabatan yang telah bertungkus-lumus menyempurnakan segala amanah dan sasaran peranan masing-masing dan berharap mereka akan terus komited dan istiqamah dalam membantu warga asnaf. Tiada istilah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dan hendaklah membudayakan bekerja dengan ‘jiwa’ agar mencapai sasaran dan ‘Indeks Prestasi Utama’ yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan organisasi.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE