Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RM1 Juta Bantu Asnaf Keluar Daripada Belenggu Kemiskinan - MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RM1 Juta Bantu Asnaf Keluar Daripada Belenggu Kemiskinan - MAIPs

RM1 Juta Bantu Asnaf Keluar Daripada Belenggu Kemiskinan - MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 04 Julai 2019 10:20

KANGAR,2019 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan zakat di bawah Skim Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Fakir dan Miskin lebih RM1 juta setiap tahun untuk mengeluarkan asnaf keluar daripada belenggu kemiskinan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor, jumlah agihan zakat itu ialah RM569,884 pada 2016, RM1.26 juta (2017) dan RM1.22 juta pada tahun lepas.

“Bagi melaksanakan fungsi dan tugas mentransformasikan asnaf dengan lebih efektif, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menambah baik projek pembangunan asnaf.

"Program seperti bantuan mesin, peralatan pertukangan, alatan perniagaan makanan dan bantuan modal diberi berdasarkan keperluan asnaf dan semakan oleh pegawai MAIPs," kata Mohd Nazim pada majlis Raikan Syawal dan Pelancaran Usahawan Asnaf serta Kolaborasi ATAM di perkarangan pejabat MAIPs di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs.

Menurut Mohd Nazim, penerima bantuan di bawah program pembangunan asnaf amat beruntung kerana peluang pekerjaan menanti mereka selepas tamat menjalani kursus atau latihan.

Katanya terdapat penerima bantuan ditawarkan pekerjaan dengan gaji memberangsangkan dari RM1,200 hingga RM5,000 sebulan bergantung kepada kemahiran mereka. 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE