Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Harap Pihak Korporat Dan Swasta Sentiasa Berganding Bahu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Harap Pihak Korporat Dan Swasta Sentiasa Berganding Bahu

Raja Muda Perlis Harap Pihak Korporat Dan Swasta Sentiasa Berganding Bahu

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 03 Julai 2019 09:20

PADANG BESAR, 3 Julai 2019 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap pihak korporat dan swasta sentiasa berganding bahu dengan kerajaan negeri dan Pusat ke arah menyediakan sebuah persekitaran yang mapan serta kemudahan bermutu tinggi.

Titah baginda, langkah itu penting ke arah usaha bersama-sama meningkatkan lagi taraf kehidupan masyarakat di negeri dan negara ini.

“Kesimpulannya, tanggungjawab sosial memberi pelbagai kesan positif bukan sahaja kepada syarikat itu sendiri, malahan kepada masyarakat secara umumnya.

“Sehubungan itu, syarikat-syarikat korporat perlulah melaksanakannya dengan penuh ikhlas, dedikasi serta mengekalkan imej baik syarikat mereka. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlulah menggunakan faedah yang diterima ini dengan sebaik-baiknya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenaan merasmikan majlis penyerahan sumbangan water cooler Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad untuk sekolah-sekolah sekitar di negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Keteri di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Datuk Khairil Anuar Aziz; Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Izmi Ismail dan Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Nasir Mohd Noor.

Dalam pada itu, baginda turut mendoakan agar usaha-usaha kemasyarakatan sebegini akan terus disuburkan, dirangka, dilaksana dan dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.

“Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad pada tahun ini telah berbesar hati dan begitu prihatin memilih untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memastikan pelajar-pelajar di negeri ini mendapat bekalan air bersih dan berkualiti dengan secukupnya,” titah baginda.

Sementara itu, sumbangan berkenaan telah diberikan kepada SK Bukit Keteri; Sekolah Rendah Islam 1; SK Tengku Budriah; SK Datuk Wan Ahmad; SRA Al-Islahiyah; SK Kampung Salang; SK Jalan Raja Syed Alwi; SMA Al-Alawiyah Ad-Diniah; SMK Agama (Perempuan) dan SM Agama Al-Islahiyah.

Untuk rekod, program ini pernah diadakan pada tahun 2016 di Masjid Jelempok dan 2017 di Masjid Batu Bertangkup.

 Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE