MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
MELAKA, 1 Julai 2019 (Isnin) - Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menghadiri majlis dialog dan seterusnya makan tengah hari bersama Komander-komander Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara sempena Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah Siri 31/2019 yang dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah di Hotel Casa Del Rio Melaka petang kelmarin.
Ketibaan beliau disambut oleh Asisten Panglima (AP) Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Abdul Rahman dan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Brigedier Jeneral Datuk Yusof Jantan.
Turut berangkat iallah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah.
Menurut Chin Tong, selepas majlis tersebut, Askar Wataniah harus memberi tumpuan kepada kualiti, dan bukan sahaja bilangan.
"Kita juga harus memperjelaskan tujuan dan objektif Pasukan Simpanan dengan menyasarkan latihan yang berkualiti sehingga mampu bertempur bersama-sama anggota tetap.
"Unit Pakar yang menggunakan kekuatan pihak anggota awam melalui pasukan Askar Wataniah juga harus dipertingkat dan dikembangkan, terutamanya dalam bidang perubatan, siber, pertempuran ‘urban’ dan sebagainya," kata beliau.
Katanya, sebagaimana pentingnya imbuhan kewangan, rasa bangga dan rasa berbakti kepada negara harus menjadi asas kelangsungan Pasukan Simpanan.
"Pada masa yang sama, adalah penting juga untuk negara secara keseluruhan menghayati suatu kesedaran tentang keselamatan (security concsiousness) dan melihat soal keselamatan negara sebagai suatu soal yang harus diberi tumpuan.
"Dengan kesedaran sedemikian, para majikan dan orang ramai akan dapat memahami, menghargai serta menyokong peranan Pasukan Simpanan, yang sekali gus akan menggalakkan penyertaan yang lebih baik," katanya.
Sumber daripada Utusan Online