Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Titah Pelihara Warisan Peradaban n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Titah Pelihara Warisan Peradaban

Raja Muda Perlis Titah Pelihara Warisan Peradaban

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Julai 2019 08:20

PADANG BESAR, 1 Julai 2019 (Isnin) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa adalah menjadi keperluan bagi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memberikan fokus kepada penonjolan keunikan identiti agama, adat dan budaya negeri Perlis tercinta ini.

Sebagai sebuah Kerajaan Melayu Islam Beraja yang berdiri di atas pemerintahan ‘Ahlis Sunnah Wal-Jama’ah’, keunikan Perlis merupakan satu aset yang wajar diketengahkan. Usaha ini hendaklah dilaksanakan agar segala warisan peradaban, tidak tenggelam dibawa oleh arus globalisasi dan modenisasi.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan mesyuarat MAIPs kali yang ke empat bagi tahun 2019 ini yang diadakan di Teratak Teduhan Doa, Kediaman Mufti Perlis di Bukit Keteri, Padang Besar baru-baru ini.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berasa amat bersukacita melihat perkembangan positif apabila Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis di bawah MAIPs telah memulakan langkah untuk melihat dan memberikan pandangan ke arah pemantapan jati diri adat dan istiadat di negeri Perlis ini.

"Semoga segala saranan dan panduan mereka akan dapat memperkukuhkan lagi nama baik MAIPs dalam menyumbang kepada pembangunan negeri ini secara holistik," titah baginda.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE