Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Golongan Belia Tonggak Pembangunan Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Golongan Belia Tonggak Pembangunan Negara

Golongan Belia Tonggak Pembangunan Negara

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 28 Jun 2019 10:20

KUALA PERLIS, 28 Jun 2019 (Jumaat) - Golongan belia mencerminkan harapan dan masa depan negara serta menjadi asas kemajuan sesebuah negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab para belia untuk meningkatkan lagi usaha dan pencapaian mereka di dalam bidang masing-masing termasuklah dalam pendidikan, sukan, pertanian, pengeluaran produk, penciptaan projek, melibatkan diri di dalam perniagaan baik secara kecil-kecilan, berskala besar, perniagaan atas talian dan sebagainya.

"Begitu juga di dalam menghasilkan pendekatan-pendekatan baharu yang berupaya memberikan penyelesaian terbaik terhadap isu, cabaran atau masalah yang dihadapi ketika ini," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Kem Belia Berwawasan 2019’ serta melancarkan ‘Hari Belia Negara dan Youth Business Expo 2019 Peringkat Negeri Perlis’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kayang, Kuala Perlis.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ke program bersempena kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah peringkat SK Kayang dan SK Padang Besar Selatan’ ini ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Steven Sim Chee Keong,

Baginda turut menambah bahawa keterlibatan para belia sebagai pemangkin perubahan dalam proses transformasi negara amatlah penting. Perubahan dan penghijrahan ini adalah satu kemestian dalam usaha menuju sebuah negara yang maju, berdaya saing dan dinamik.

"Ia memerlukan asas-asas dan pendekatan yang sesuai bagi mencapai cita-cita tersebut. Peranan belia hari ini bukan hanya sekadar untuk berjaya di dalam kerjaya dan mencari kemewahan diri semata-mata, tetapi juga berusaha dalam membangunkan negeri dan negara ke arah kemajuan dan kegemilangan dalam acuan kita sendiri," titah baginda.

Di akhir program itu, Steven turut menyertai Tuanku Syed Faizuddin Putra berbasikal dalam ‘Kayuhan Belia Wawasan’ yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 46 bagi tahun ini’ bersama kira-kira 60 peserta dari kalangan pelajar tingkatan enam dari SMK Perlis, SMK Syed Alwi dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.

Sumber daripada Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE